Imam Imam Maulama Akonjee, 55, dan penolongnya berusia 64 tahun, Thara Uddin, ditembak mati kita-kira jam 2 petang waktu tempatan di kawasan kediaman Ozone Park, New York.
Polis berkata, pembunuhan itu dilaporkan berlaku selepas kedua-duanya yang berjubah sebaik sahaja keluar dari masjid jamik Al-Furqan selepas menunaikan solat zuhur, pada Sabtu.
Masyarakat Islam menyifatkan ia ada kaitan Islamafobia dan sentimen anti-Islam. Ia mungkin juga berikutan kenyataan calon presiden Republikan, Donald Trump, termasuk mencadangkan larangan sementara terhadap Muslim masuk ke Amerika.