Wartawan dikecam temubual 'live' mangsa kemalangan

2016-08-15 80

Seorang wartawan di El Salvador dikritik selepas dia tidak membantu seorang mangsa kemalangan jalan raya sebaliknya mewawancara lelaki berkenaan secara langsung di televisyen.

Wartawan berkenaan dilaporkan secara kebetulan ternampak satu kemalangan membabitkan seorang lelaki yang dilanggar sebuah trak ketika melintas sebuah lebuh raya di sini.

Siaran langsung laporan itu bermula dengan jurukamera merakam imej cermin hadapan sebuah trak berwarna putih yang retak dan diletak di tepi lebuh raya.

Jurukamera itu kemudian mengalihkan rakamannya terhadap seorang lelaki tidak berbaju yang terbaring di tepi lebuh raya.

Lelaki itu jelas berada dalam keadaan kesakitan dan mengerang ketika berbaring di atas rumput.

Free Traffic Exchange