PAS akan rugi, parti baru Tun M mampu tarik sokongan pengundi - Dr Wong

2016-07-18 1,148

Penganalisis politik, Dr Wong Chin Huat berkata gabungan yang bakal dibentuk oleh parti baru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal merugikan PAS kerana parti Islam itu dijangka tidak mampu menarik sokongan pengundi Melayu.

Kata Dr Wong, parti baru Tun M mampu menarik sokongan pengundi yang tidak suka pada UMNO tetapi mahu mengekalkan dominasi Melayu dalam politik di Malaysia.