Video: Penyokong Felda,NS bergaduh 4 ditahan

2016-07-13 1

Satu insiden pergaduhan berlaku selepas perlawanan Piala Malaysia malam tadi antara penyokong Felda dan Negeri sembilan.

Polis menahan empat orang dalam kejadian di stadium Tun Abdul Razak, Jengka itu.

Ketua Polis daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata suspek berusia antara 17 hingga 39 tahun di tahan di dalam bas berhampiran Plaza Tol Chenor.