Pengebom bunuh diri di Masjid Nabawi

2016-07-05 2,701

Seorang pengebom bunuh diri dilaporkan meletupkan bom berhampiran ibu pejabat pasukan keselamatan yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi di sini sebentar tadi, lapor rangkaian televisyen tempatan, al-Arabiya.

Serangan ini merupakan serangan ketiga ke atas Arab Saudi selepas dua siri serangan terdahulu di Qatif dan Jeddah yang berlaku juga pada hari Isnin, waktu tempatan.