Datuk Kamilia Ibrahim bekas naib ketua wanita Umno hari ini menyatakan sokongannya secara terbuka kepada calon daripada parti AMANAH bagi pilihan raya kecil parlimen Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli.
Beliau berkata begitu ketika hadir ke forum Selamatkan Malaysia Bersama Deklarasi Rakyat di pekan Manong pagi tadi.
Katanya beliau menyeru pengundi di Kuala memilih Ahmad Termizi yang disifatkan sebagai sangat layak untuk membawa suara rakyat ke parlimen.
Kamilia pernah bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar pada pilihan raya umum ke-13.