Seorang ahli perniagaan maut ditembak enam das berhampiran dengan plaza tol Sungai Rasau sekitar jam 4.30 petang semalam
Ketua polis Shah Alam Asisten Komisioner Hafien Mamat memberitahu mangsa berusia 43 tahun itu ditembak oleh individu bermotosikal selepas membuat bayaran tol di lorong touch N go.
Tambahnya hasil siasatan polis menemui 10 kesan tembakan di bahagian luar kereta mangsa manakala enam tembakan di badan mangsa.