Tentera Nepal juara maraton tertinggi di dunia

2016-05-30 624

Dengan memakai but mendaki gunung dan tercunggap-cunggap, lebih 150 pelari Nepal dan antarabangsa menyertai maraton di kawasan kaki Gunung Everest bersalji.

Maraton tahunan itu yang dimulakan pada 2003, diadakan sempena ulang tahun Tenzing Norgay dan Edmund Hillary berjaya sampai ke kemuncak Everest pada 29 Mei 1953.

Anggota tentera Nepal Bahadur Sunuwar merangkul juara dalam maraton itu sejau 42 kilometer dalam masa empat jam dan 10 saat