NGO Melayu hari ini memberi nasihat dan amaran terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir berhubung saranan supaya rakyat bangkit menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Presiden Martabat Jalinan Melayu Muhibah (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, himpunan yang dijangka diadakan pada 27 Mac nanti akan memecahbelahkan bangsa Melayu.