Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa prestasi UMNO sudah merosot kerana tidak mendukung perjuangan rakyat.
Dalam temubual bersama CNN Indonesia, Mahathir berkata tumpuan tersebut hanya diberikan kepada mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari segala kesalahan dan skandal yang dikaitkan padanya.