Jambatan paling mahal ditentang aktivis hampir siap

2016-03-07 1,324

Presiden Rasep Tayyip Erdogan menyempurnakan sentuhan terakhir jambatan ketiga di Bosphorus, salah satu daripada beberapa projek kerajaan yang menimbulkan kemarahan aktivis warisan alam sekitar dan bandar.

Jambatan, dinamakan selepas Sultan Yavuz Selim I, yang popular ketika Empayar Uthmaniyyah, berharga lebih daripada 2.3 bilion euro.

Bagi Erdogan, projek ini adalah simbol kemegahan "Turki Baru" yang berusaha untuk memodenkan negara ini lebih daripada 13 tahun.