Video pukul wanita tepi jalan, polis siasat pelaku

2016-02-16 3

Pihak polis kini sedang menyiasat satu video yang tersebar luas di laman sosial berkenaan seorang lelaki yang memukul wanita menggunakan kasut di tepi jalan.

Dalam rakaman tersebut lelaki terbabit yang dipercayai suami kepada wanita tersebut dilihat turut menendang wanita malang itu.

Rakaman tersebut juga memperlihatkan seorang remaja perempuan dipercayai anak pasangan tersebut cuba memeluk erat mangsa bagi melindungi dari dipukul.