Jakarta digegarkan dengan letupan... dikaitkan dengan IS

2016-01-14 1,241

Jakarta dikejutkan dengan beberapa letupan dan tembakan dilaporkan sedang di tengah-tengah ibu negara Indonesia.

Menurut ketua polis, Anton Charliyan mereka mengesyaki seorang pengebom bunuh diri bertanggungjawab untuk sekurang-kurangnya satu letupan itu.

Tembakan juga kedengaran selepas letupan di kawasan di mana terletaknya beberapa hotel mewah, bangunan kedutaan dan pejabat.

Menurut wartawan enam bom diletupkan manakala seorang saksi menyatakan dia melihat tiga orang terbaring di jalan raya dan kejadian tembak menembak.

Letupan juga berlaku di sebuah kafe Starbucks dan pasukan keselamatan kemudiannya dilihat memasuki bangunan itu