Jika sebelum ini kecuh di laman sosial dengan sekeping gambar yang dimuat naik oleh seorang wanita ketika beliau sedang menyusukan anaknya menerima pelbagai reaksi.
Semalam sebuah video flash mob 'susukan anak' di KLCC dipercayai diterbitkan pada tahun 2011 kembali menjadi viral.
Akibat dari penyebaran video berkenaan para pelayar memberikan reaksi berbelah bagi akan kewajaran untuk si ibu menyusukan anak mereka dikhalayak ramai.
Ada yang bersetuju dengan mengatakan itu hak kepada anak dan si ibu dan ada yang mengatakan perkara tersebut melanggar syariat Islam kerana membuka aurat di khalayak ramai.