MAB tidak perlu ikut patuh Syariah Rayani Air -Dr Mahathir

2016-01-05 1

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) tidak perlu untuk mengikut jejak langkah Rayani Air yang memperkenalkan konsep patuh syariah.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, konsep patuh syariah itu diperkenalkan hanyalah untuk mendapatkan keuntungan daripada agama Islam.