Najib petik ayat al-Quran jelas perpaduan dengan PAS

2015-12-17 1

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menawarkan PAS untuk membentuk hubungan rapat, kali ini dengan memetik ayat al-Quran tentang kepentingan perpaduan.

Najib ketika berucap sebelum merasmikan persidangan serantau bagi graduan al-Azhar hari ini menunjukkan betapa Islam menggalakkan kepentingan perpaduan dan bahaya terlibat dalam perbalahan.