KJ janji pertahan kadar tol

2015-12-15 1,672

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan beliau akan mempertahankan Aku Janji BN untuk tidak menaikkan kadar tol ketika laporan mengenai kemungkinan itu disiarkan.

Menurut Menteri Belia dan Sukan itu, walaupun syarikat Plus Malaysia Berhad (Plus) dijangka menaikkan kadar bayaran tol, ia belum diputuskan kerajaan.