Gesa sokong Tun M singkir Najib, Zaid bakal didakwa

2015-12-03 3,240

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok.
Zaid akan dituduh mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung tulisannya di blog baru-baru ini.

Beliau membuat posting diblognya dengan menggesa rakyat untuk berdiri teguh di belakang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disingkirkan.