Isu tabung politik, kenapa dua tahun

2015-12-01 3,538

Selepas digelumangi dengan kontroversi RM2.6 bilion, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan penubuhan jawatankuasa pembaikan tabung pembiayaan politik.

Tetapi, bagi profesor ekonomi politik Terence Gomez yang berada dalam jawatankuasa tersebut, berkata ia sangat lembap kerana mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan cadangan yang dibuat.

Sebaliknya, dengan kolaborasi Tokoh Melayu Terkemuka G25, cadangan itu boleh disiapkan dalam dua bulan sahaja.