Hasan kecewa dengan media, PAC tiada sidang media

2015-11-19 684

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Datuk Hasan Arifin berkata pihaknya tidak lagi akan mengadakan sebarang sidang akbar, bermula dari mesyuarat jawatankuasa itu yang akan datang pada 23 November.

Menurutnya, beliau dukacita dengan tindakan segelintir petugas media yang membuat laporan berkenaan 'cari makan' meskipun ianya cuma gurauan.