Paris berdarah: Polis lancar 128 serbuan

2015-11-18 1,012

Polis Perancis melancarkan sebanyak 128 serbuan, hari ini bagi memburu anggota militan di seluruh Perancis, sehari selepas pihak berkuasa negara ini menemukan sejumlah senjata di bandar Lyon, selatan Perancis.

Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve berkata, lebih 100 suspek dikenakan tahanan di rumah dan 23 orang lagi ditangkap bagi membantu siasatan ke atas serangan di Paris pada Jumaat lalu.