Jawapan balas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan-DAP, Ng Sue Lim bahawa cadangan kerajaan negeri menukar nama perkampungan nelayan Cina, Bagan Nakhoda Omar (BNO) kepada nama Cina dibuat dengan nada berlawak menggamatkan seketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor petang ini.
Tindakannya itu membangkitkan kemarahan adun Barisan Nasional yang menyarakannya memasuki rancangan popular di astro 'Maharaja lawak' jika ingin membuat lawak-lawak demikian rupa.