DAP akan mengedarkan risalah mengenai isu 1MDB yang memuatkan kenyataan Majlis Raja-raja, bulan lalu ke kawasan luar bandar, kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.
Katanya, di sebalik kepentingan titah Raja-raja Melayu itu, ia gagal mendapat liputan media yang sewajarnya khususnya di media cetak.