Sebanyak RM51 juta rebat tol Plusmiles tidak dituntut oleh pengguna lebuh raya Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (gambar) berkata hanya RM21 juta daripada RM72 juta jumlah keseluruhan rebat, yang dituntut oleh pengguna.
RM72 juta rebat itu terkumpul sejak ia diperkenalkan pada 2009 hingga 30 September 2015.