Beberapa buah bandar di Kalimantan dan Sumatera yang sebelum ini diselubungi jerebu dan asap tebal selama berbulan-bulan, akhirnya kembali pulih apabila tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan mencecah paras terendah sejak krisis itu melanda Indonesia pada bulan Ogos lalu.
Semua bandar yang dipantau Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia pagi ini pertama kali berada di luar zon tidak sihat sejak krisis itu melanda.