Nepal lantik Presiden wanita pertama

2015-10-29 673

Seorang pemimpin Komunis Nepal yang berjuang untuk hak wanita dilantik sebagai presiden wanita pertama negara itu.

Bidhya Devi Bhandari, 54, dari Parti Bersatu Marxist-Leninist Nepal menerima 327 undi berbanding lawannya 214 dalam satu undian di Parlimen semalam.