Wakil rakyat malu terima BR1M, minta naikkan pencen

2015-10-26 2

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) meminta kerajaan agar menaikkan elaun pencen bekas wakil rakyat dinaikkan kepada RM5,500 sebulan atau setengah daripada gaji yang diterima sebelum ini.

Ia kerana rata-rata daripada mereka hanya menerima pencen sekitar RM1,000 sehingga layak mendaftar untuk menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Perkara ini diusulkan oleh Mubarak Negeri Melaka Datuk Sahar Arpan dan dipersetujui sebulat suara oleh semua perwakilan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Mubarak ke-12 di Hotel Seri Pasifik hari ini

Free Traffic Exchange