Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak)Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata Mubarak sedang menjalankan solat hajat di setiap negeri dan memohon kepada Allah supaya masalah yang melanda negara seperti skandal 1MDB selesai.
Beliau juga meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menyelesaikan isu berkaitan 1MDB secepat mungkin bagi mengurangkan persepsi negatif terhadap kepimpinan negara.