Suruhanjaya berhubung pelarian Kesatuan Eropah (EU) mengadakan lawatan ke lokasi tumpuan terbaharu pelarian di Slovenia hari ini, bagi membincangkan bantuan untuk menangani kebanjiran pelarian yang terdesak menuju ke utara Eropah sebelum musim sejuk.
Slovenia menjadi pintu masuk utama kumpulan pelarian di zon Schengen selepas Hungary menutup laluan penting sempadan antara negara itu dan Croatia.