Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said dijadual membentangkan usul kedua untuk menggantung Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) pada pukul 11.30 pagi hari ini sekiranya Lim tidak membuat sebarang permohonaan maaf kepada pihak speaker.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Azalina berkata Lim mempunyai sehingga waktu itu untuk membersihkan nama Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang dituduh bersalah.