Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sekali lagi membidas Tun Dr Mahathir Mohamad dengan melabelkan sebagai seorang ‘hiprokit yang tidak berprinsip’.
Mengulas keputusan Mahathir menyokong titah Majlis Raja-raja Melayu supaya siasatan ke atas 1MDB diteruskan segera, katanya, bekas perdana menteri itu juga pernah cuba melucutkan kuasa mereka ketika tempoh perkhidmatan beliau.