Pembangkang menang pilihan raya Kanada

2015-10-21 1,348

Justin Trudeau bakal menjadi perdana menteri Kanada yang baru selepas Parti Liberalnya menang dalam pilihan raya umum negara itu. Ia juga mengakhiri hampir satu dekad pemerintahan oleh Parti Konservatif.

Al Jazeera melaporkan, Parti Liberal merampas majoriti kerusi parlimen- satu perkara yang belum pernah berlaku yang mana ia memecahkan rekod bagi jumlah kerusi yang diperolehi daripada satu pilihan raya.

Parti Liberal sebelum ini menjadi sebuah parti ketiga di parlimen sebelum berlakunya pilihan raya.