Orang ramai mula membanjiri Stadium Muhammad ke-IV, Kota Bharu Kelantan. Setakat petang ini, terdapat kira-kira 10,000 orang mula memenuhi kawasan padang dan tempat duduk stadium.
Selain itu, walaupun hujan kira-kira 20 minit, namun persembahan oleh kumpulan dikir barat di pentas Pemuda PAS tetap diteruskan bagi menghiburkan peserta himpunan H60K.