AG sahkan Khairuddin dan Chang tak didakwa bawah Sosma

2015-10-13 9,553

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa dakwaan terhadap Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Mathias Chang bukan di bawah peruntukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)

Beliau menegaskan kedua-duanya didakwa di bawah peruntukan Seksyen 124L Kanun Keseksaan.