(TMI) Pengarah Eksekutif Lawyer for Liberty (LFL) Eric Paulsen hari ini membuat laporan polis susulan penyebaran gambar di media sosial yang memaparkan beliau menyiarkan gambar berunsur perkauman di laman Facebook miliknya.
Paulsen dalam kenyataannya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya berkata, gambar berkenaan tidak disebarkan melalui laman Facebook miliknya dan gambar yang diedarkan bukan miliknya dan tidak pernah wujud.
"Saya menafikan, jelas saya difitnah. Posting itu satu penipuan imej yang dipalsukan atas nama saya. Saya sudah nafikan di laman Twitter saya tapi semakan saya mendapati ia tersebar luas.
"Di laman web dan media sosial, mereka menyebarkan gambar ini, mereka dikenali sebagai pencacai Umno. Ini bukan kali pertama, tapi beberapa pemimpin pembangkang turut mengalami perkara sama," kata Paulsen kepada pemberita.