Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata protes ‘baju merah’ yang dijadualkan pada 16 September ini akan dianggap sebagai himpunan haram jika pihak penganjur tidak menghantar notis.
Katanya, notis seharusnya dihantar sekurang-kurangnya 10 hari sebelum perhimpunan diadakan tetapi setakat ini polis belum menerima sebarang permohonan tetapi akan mempertimbangkannya jika permohonan dibuat.