Demo 16 Sept: Pesaka kata pertemuan dengan polis lancar

2015-09-11 9

Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin hadir lebih dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi berbincang berhubung perhimpunan ‘baju merah’ pada 16 September ini.

Bercakap kepada wartawan selepas berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah, katanya pertemuan berlangsung dengan baik dan lancar dan ia cuma sesi penerangan.