Himpunan #KitaLawan: Maria, lapan lain didakwa

2015-09-10 7

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan tujuh yang lain hari ini didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana terbabit dengan perhimpunan #KitaLawan pada 28 Mac lalu.

Semua mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi dan meminta dibicarakan.

Majistret Muhamad Faizal Ismail menetapkan bayaran ikat jamin pada RM500 setiap orang dan pendengaran kes pada 16 Oktober depan.