Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak melihat sebarang asas bagi usul undi tidak percaya ke atas kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak buat masa ini.
Bagaimanapun katanya, ahli parlimen boleh mengemukakan usul itu dan terpulang kepada beliau bagi menilai asas hujahan mereka untuk membenarkannya atau tidak.