Ketika penungguan penuh mendebarkan penyokongnya di depan bangunan Umno, timbalan presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya melangkah keluar dengan dengan tenang.
Ditanya berkaitan hasil mesyuarat, beliau berkata ia berjalan dengan baik.
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) hari ini adalah yang kali pertama selepas Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri.