Web ‘baju merah’ disekat jika polis haramkan himpunan

2015-09-10 33

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyekat laman web promosi perhimpunan ‘baju merah’ sekiranya pihak polis mengisytiharkannya sebagai haram.

Katanya, SKMM sedang menunggu pengumuman rasmi dari pihak polis mengenai perkara itu sebelum bertindak.