Anggota lembaga penasihat 1MDB Tan Sri Abdul Samad Alias berkata beliau melepaskan jawatannya selepas cubaan mendapatkan taklimat berhubung hal ehwal syarikat itu tidak dilayan.
Katanya, beliau membuat cubaan itu dalam tempoh enam bulan bagi mengetahui maklumat berkaitan untung rugi firma pelaburan negara itu tetapi tetap gagal.