Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mahu menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ini, menurut isteri kepada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Awar Ibrahim yang kini merengkuk di penjara Sungai Buluh, termasuk PAS dan individu yang bertanggungjawab meletakkan Najib pada kedudukan hari ini tetapi kini mempunyai pandangan berbeza.