SPRM masih siasat SRC, enggan dedah butiran

2015-09-07 7

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali mengesahkan pihaknya masih menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Bagaimanapun ketika ditanya oleh hadirin pada Persidangan Anti Rasuah ke-16 (IACC) di Putrajaya hari ini, katanya beliau tidak boleh mendedahkan butirannya buat waktu ini tetapi memberi jaminan bahawa siasatan adalah telus dan profesional.