Hisham: Umno pecat Shafie, Muhyiddin hanya spekulasi

2015-09-07 3

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan bahawa Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan bersidang pada 9 September ini akan memecat atau menggantung keanggotaan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hanyalah suatu spekulasi.

Hishammuddin, yang juga menteri pertahanan berkata demikian ketika mengulas mengenai khabar angin bahawa MT akan mengambil tindakan memecat atau menggantung keanggotaan Muhyiddin dan Mohd Shafie dalam mesyuarat Rabu depan.

Free Traffic Exchange