Najib tak boleh sembunyi AS$700 juta dalam era digital

2015-09-07 3

Pengarah Eksekutif, Rangkaian Kewartawanan Penyiasatan Global, David Kaplan berkata pada zaman era digital hari ini, kerajaan tidak lagi boleh menyembunyikan maklumat mengenai AS$700 juta yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap pada Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) di Putrajaya, Kaplan berkata mereka yang cuba berbuat demikian sebenarnya ketinggalan zaman.