PAS T'ganu desak Raja Bahrin letak jawatan MP

2015-09-07 27

PAS Negeri Terengganu mendesak Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah meletak jawatan sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu kerana sudah menyertai Parti Amanah Negara dan menjadi pengerusi untuk negeri Terengganu.

Pesuruhjaya PAS negeri, Satipul Bahri Mamat berkata tindakan itu perlu dilakukan wakil rakyat berkenaan berdasarkan baiah yang ditandatanganinya pada 18 April 2013 di Rusila, Marang.