BERSIH minta individu pijak gambar Najib, Hadi serah diri

2015-09-02 1

Penganjur himpunan BERSIH 4 meminta individu yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi awang supaya tampil memberi kerjasama dengan pihak polis.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah yang kesal dengan tindakan itu berkata kedua-dua peserta demonstrasi harus ke balai polis bagi membantu siasatan kerana mereka yang berani buat mesti berani bertanggungjawab.