Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mahu polis mendakwa lelaki yang melemparkan mercun pada perhimpunan BERSIH 4 hujung minggu lalu dengan tuduhan cubaan membunuh.
Pada sidang akhbar hari ini, katanya, lelaki itu seharusnya disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana tindakannya boleh mengakibatkan kemalangan jiwa.