Penganjur himpunan BERSIH 4, Maria Chin Abdullah berpandangan tidak ada keperluan bagi polis untuk menyiasat Tun Mahathir Mohamad yang menghadiri himpunan besar-besaran pada Sabtu dan Ahad lalu.
Katanya, ini kerana bekas perdana menteri itu menghadiri perhimpunan berkenaan atas kapasiti peserta semata-mata iaitu sama seperti yang lain.